Malam tersebut telah diacarakan oleh DJ Matinin Yukim. Tepat jam 8 selepas pembukaan rasmi oleh Huguan Siou acara bermula. Persembahan dimulakan oleh Francis Landong dan diikuti oleh beberapa artis-artis lain seperti Dona, Jovell, Wilson, Ridah.
Saya mempertaruhkan dua lagu ciptaan iaitu Au Milo Boroson (Wilson) dan Sopirosi-rosi (Ridah). Setelah keputusan dibuat juara pada tahun ini ialah lagu yang dibawa oleh Francis Landong, Dona (vokal terbaik dan lirik terbaik), Ron (persembahan terbaik), Ester (artis popular).
Secara keseluruhan, pertandingan pada kali ini dapat memperlihatkan perkembangan yang baik. Dari segi persembahan dan susunan muzik yang mantap. Tahniah kepada pemenang.
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:
Post a Comment